Program Lawatan dan Program Bahasa arab di Yaman

Ahlan wa sahlan wa marhaban kepada semua pengunjung blog Hikmah Yaman Management.

Kami menediakan pakej dan juga perkhidmatan pelancongan dan juga program kursus Bahasa Arab di Yaman.

segala maklumat boleh hubungi pada saya (selaku pengurus program)
Ust Taufiq Amini
no. h/p 019 6029839
emel taufiq_amini@yahoo.com

Tuesday, May 1, 2012

Program Bahasa Arab di Yaman 2012






Bermula  13.Nov.2012 sehingga 20.Dis.2012
Penyertaan dibuka untuk Lelaki sahaja.
dari Umur 13 ke 20 tahun


MAKLUMAT PROGRAM


Pusat pengajian di YEMEN INSTITUTE ARABIC(YIAL)


Harga pakej berkumpulan adalah untuk atas 10 orang termasuk :
- Penginapan
- Makan minum disediakan 3x sehari
- Transport ke institute YIAL

Harga pakej perseorangan/bukan berkumpulan
- Penginapan
- Makan minum masak sendiri hanya barang masakan disediakan.
- Tidak termasuk transport kecuali lebih 4 orang ke atas sahaja.


Jadual pengajian :
- Kelas seminggu 5 hari
- Kredit masa 2 jam dan 3 jam/hari
- Kelas bimbingan/pemantapan al-Quran pada waktu petang.
Penginapan :
- Tempat tinggal yang sesuai dan selesa untuk peserta.
- Dan tidak jauh dari tempat pengajian.




Makanan :
- Makanan akan disediakan kepada para peseta berkumpulan 3 kali sehari.
- Menu makanan adalah masakan malaysia seperti bihun goreng, nasik lemak, nasi lauk, nasi bryani, kuih-kuih dan lain-lain
- Makanan arab yaman juga akan disediakan mengikut jadual yang akan diatur oleh pihak penjaga/tukang masak.




Program tambahan :
- Lawatan setiap hujung bulan akan diadakan.
- Tempat lawatan sekitar sana`a.
Lawatan luar Sana`a(jika ingin tetapi tidak termasuk dalam harga pakej)
- Program tarbawi juga seperti,qiamullail,iftor, latihan tazkirah dan sebagainya akan diadakan.
Kelas pemantapan Al-Quran setiap petang hari pengajian.



Sunday, March 11, 2012

Program bahasa arab 2012

Assalamualaikum,

kepada pengunjung blog yang berminat untuk sertai program kursus bahasa arab musim cuti sekolah dan rehlah ke Yaman, kami akan buka pendaftaran pada bulan Mei atau Jun 2012. 

Program insyaAllah akan berjalan selama 40 hari bermula dari 13.Nov.2012

penyertaan terhad hanya 20 orang sahaja.

kami akan sentisa update dan maklumkan  di dalam blog ini untuk maklumat selanjutnya.. 

sebarang pertanyaan sila hubungi ust taufiq 019 6029839

Thursday, January 12, 2012

Perkhidmatan e-ticket

Maklumat dan Cara beli ticket dari kami :
1. SMS/talifon kami untuk maklumat harga semasa.
2. Berikan Nama penuh dan No. passpot
3. Berikan Emel atau alamat rumah bagi yang tiada emel.
4. Setelah kami menerima persetujuan dari anda untuk belian e-ticket dari kami, anda perlu buat bayaran hanya menggunakan maybank2u, atau cimb click atau bayaran cara bank in ke akaun kami.
5. Setelah kami menerima bayaran anda kami akan hantar e-tiket kepada anda dalam tempoh 48 jam.
6. dan bagi yang tiada emel kami akan hantar melalui POS LAJU MALAYSIA dan akan sampai kurang dari tiga hari
7. Kami tidak menerima dan menghantar segala tempahan e-ticket yang tidak membuat bayaran  penuh.

Tempahan e-tiket hubungi :
Ust Taufiq Amini
sms No. 019 602 9839
e-mail : taufiq_amini@yahoo.com